Monday, November 19, 2012

KELAS COKLAT BULAN DISEMBER 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung blog Am@r ChoColatios (AMAR BERKAT ENTERPRISE). Am@r ChoCoLatioS telah menetapkan tarikh-tarikh yang sesuai untuk mengadakan Kelas Asas Coklat Buatan Tangan yang akan dianjurkan oleh Am@r ChoCoLatioS untuk penghabisan tahun 2012 dari bulan September - Disember 2012. Tarikh-tarikh berikut adalah:-


BULAN DISEMBER 2012
- 9 Disember 2012 (Ahad)
- 22 Disember 2012 (Sabtu)
- 29 Disember 2012 (Sabtu)
 
UNTUK TEMPAHAN KELAS, SILA EMAIL/SMS MAKLUMAT:
Nama:
Alamat:
No. Tel: (Prefer HP)
Email:

*Setelah pembayaran DEPOSIT RM50.00 dibuat, sila maklumkan kepada saya melalui call/sms/email
Nama Bank:
Ref. No./Tarikh/Masa Transaksi:
Tarikh kelas yg. ingin diikuti :
** Deposit RM50.00 adalah Pengesahan Kehadiran peserta menyertai kelas ini.


KELAS AKAN BERMULA 10.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG ATAU SAMPAI SIAP

KELAS TERHAD KEPADA 4 ORANG SHJ.(SIAPA CEPAT DIA DAPAT TEMPAT)

KAEDAH ONE TO ONE (HANDS ON)

YURAN RM200.00 (Asal RM250.00) - Termasuk nota, bahan-bahan yang akan digunakan.
TEMPAT : PUCHONG, SELANGOR

PESERTA TIDAK PERLU MEMBAWA APA-APA BARANGAN UNTUK MENGHADIRI KELAS INI, CUMA DIRI SENDIRI. SEMUA PERKAKAS/BAHAN-BAHAN AKAN DI SEDIAKAN OLEH PIHAK PENGANJUR.
(Peserta akan membawa pulang balik +/- 1kg coklat yang beraneka)
 
Topik meliputi:
a) Teori:-
1) Kategori, jenis dan perbezaan coklat, Penjelasan tentang barangan yang digunakan untuk membuat coklat.
2) Penjelasan Mengenai dan Cara/Teknik "Tempering"

3) Cara Penjagaan Mold/Acuan Coklat

4) Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas membuat coklat yang halal, murah dan berkualiti

b)Praktikal:-
 
1) Cara-cara membuat Ganache Filling  
2) Teknik 'Tempering' Coklat Couverture yang mudah dan sesuai digunakan untuk membuat coklat di rumah (Coklat Praline Almond/Hazelnut)
3) 'European Style' menggunakan coklat compound dan teknik mewarna (Coklat Praline berinti)

4) Coklat Oreo Bercorak

5) Coklat Oreo Edible
6) Coklat Lolichoc 

7) Cara pembungkusan Produk

Berminat/Pertanyaan Maklumat lanjut:~
- EMAIL - amarchocolatios@yahoo.com
- SMS/Call - 017-6889892 (Maz) / 012-6889892(Duan)

Friday, November 16, 2012

RAHSIA CANTIK DENGAN COKLAT

Coklat antara makanan ringan yang paling digemari oleh semua lapisan masyarakat iaitu daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan. Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri. Antaranya:

1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.

Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.
Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.
 

RED GOLD PRALINE

Alhamdulillah telah menyelesaikan tempahan coklat praline yang bertemakan merah keemasan. Berbentuk bunga ros yang diwarnakan secara marble dengan coklat warna merah dan bentuk love dibungkus dengan aluminium foil warna keemasan. Harga untuk packing ini, RM25.00. Untuk tempahan lain boleh tengok pada Katalog. Berminat untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah email kepada amarchocolatios@yahoo.com. Gambar untuk tatapan :-



COKLAT OREO EDIBLE IMAGE

Allahamdulillah dapat menyelesaikan Coklat Oreo Edible yang ditempah sebagai wedding gift seseorang kawan kepada kawan. Sekotak ada 9 biji Coklat Oreo Edible, harga RM18.00. Ada juga dijual satu per satu, harga boleh check di Katalog. Berminat atau berkenan boleh membuat tempahan sekarang. Beberapa gambar untuk tatapan peminat blog Am@r ChoCoLatioS. 



Contoh bungkusan satu per satu dalam plastik, ada juga dalam bekas gold.



PUDING ROTI - KUAH KASTARD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua peminat blog Amar Chocolatios. Dah lama tak update blog ni kerana kesibukan yang melampau telah mengisi masa-masa yang terluang.

Hanya untuk tatapan, Puding Roti bersama Kuah Kastard yang telah di buat sewaktu masa lapang. Selamat menjamu mata... Nak jamu selera kena la order yup...