Showing posts with label Coklat Praline. Show all posts
Showing posts with label Coklat Praline. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

COKLAT HANTARAN SOFT BOX 35 CAV

Alhamdulillah dapat menyelesaikan tempahan dari Cik Izzati dari MSU, Shah Alam dengan tema white & peach. Soft Box 35 biji dengan bentuk bunga ros dan bentuk hati sebagai salah satu hantaran sendiri dan gambarnya :

 Sebelum disusun ke dalam kotak

  Selepas disusun, nampak berbentuk hati

Terima kasih kepada Izzati.

Wednesday, February 13, 2013

Tempahan Tema Oren Bookstyle

Allahamdulillah dapat menyelesaikan 20 kaviti Kotak Bookstyle  yang ditempah sebagai hantaran seseorang adik daripada Kakak, Puan Siti dari Putrajaya. Bertemakan warna jingga/oren, maklumat lanjut boleh lihat di Katalog. Berminat atau berkenan boleh membuat tempahan sekarang. Beberapa gambar untuk tatapan peminat setia blog Am@r ChoCoLatioS. 







Friday, November 16, 2012

RED GOLD PRALINE

Alhamdulillah telah menyelesaikan tempahan coklat praline yang bertemakan merah keemasan. Berbentuk bunga ros yang diwarnakan secara marble dengan coklat warna merah dan bentuk love dibungkus dengan aluminium foil warna keemasan. Harga untuk packing ini, RM25.00. Untuk tempahan lain boleh tengok pada Katalog. Berminat untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah email kepada amarchocolatios@yahoo.com. Gambar untuk tatapan :-



Saturday, August 18, 2012

COKLAT RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012

Alhamdulillah bulan ramadhan sudah hampir penghujungnya dan telah dapat selesaikan tempahan pada tarikh yang ditetapkan. Tempahan-tempahan melibatkan coklat Standard Praline , Nut Choc, Stripe Almond Choc dan Bubble Rice Praline. Terima kasih kepada pelanggan yang telah memilih produk Am@r ChoCoLatioS untuk mencerikan suasana musim perayaan ini. Antara gambar-gambar produk yang telah siap dibuat dan dibungkus:-









Thursday, October 07, 2010

COKLAT RAYA-RAYA BUDGET DIVISION...


 Coklat Code DWG01 untuk Warga Bajet, MOF di Putrajaya sempena Majlis Hari Raya K2B2 2010 /Syawal 1413H. Ringkas dan menarik perhatian orang yang lalu...