Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog ini,
Am@r ChoCoLatioS adalah pembuat/pembekal Coklat Buatan Tangan dari rumah yang mula beroperasi pada awal tahun 2010 dengan hasil bimbingan Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Senior-senior dalam bidang Homemade/Handmade Chocolate. Bagi mendapatkan hasil buatan yang terbaik, Am@r ChoCoLatioS telah menggunakan bahan-bahan yang dijamin dari segi Halal, Berkualiti serta Harga produk yang dihasilkan berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang menggemari coklat. Am@r ChoCoLatioS juga merupakan salah satu produk di bawah Syarikat Amar Berkat Enterprise.
Am@r ChoCoLatioS mengambil apa jua jenis tempahan seperti Wedding Gift, Doorgift, Majlis Hari Lahir, Musim Perayaan (Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas), Hari-hari Istimewa (Kekasih, Ulangtahun Perkahwinan, Pertunangan) dan Korporat Gift. Harga produk boleh dirunding/dibincang lagi sekiranya pelanggan menempah dalam kuantiti yang banyak.
Am@r ChoCoLatioS juga mengadakan/menganjurkan Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi dalam bidang coklat buatan tangan bagi menambah pendapatan isi rumah atau menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini. Kelas ini terbuka kepada sesiapa yang tidak pernah atau pernah menceburi dalam pembuatan coklat ini. Kelas diadakan pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) di Taman Puchong Indah, Puchong Selangor dan luar kawasan Lembah Klang sekiranya ada permintaan. Kelas ada dalam kaedah One to One (Hand On) dan Tutorial (Berkumpulan). Yuran yang dikenakan amat berpatutan.