Sunday, October 31, 2010

AKTIVITI KELAS ASAS COKLAT DI BULAN OKTOBER 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung tetap blog Am@r ChoCoLatios, maaf kerana terlambat update perkembangan aktiviti-aktiviti yang telah berlaku di bulan Oktober 2010 di Am@r ChoCoLatios...

Antara Aktiviti Kelas Coklat yang telah berlangsung pada Oktober 2010:-

Terima Kasih buat Puan Ruhaya dari Bandar Sunway kerana meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada 9 Oktober 2010 (sabtu) walau pun sibuk dengan aktiviti harian. dan persiapan untuk menunaikan haji pada tahun ini. Antara gambar Puan Ruhaya dan hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-
 


Terima kasih kepada perserta bernama Puan Syakila (Shah Alam) dan Puan Zurianah (Putra Perdana) yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) yang lepas. Antara scene2 yang sempat  Am@r ChoCoLatios ambil sewaktu kelas berlangsung.

 Ini adalah gambar hasil kerja tangan peserta tersebut, cantik dan kreatif. Tengok pun sayang nak makan... tapi kena makan juga.


Terima kasih buat Puan Khairati dari Alor Setar, Kedah yang telah menghadirkan diri ke kelas anjuran Am@r ChoCoLatioS pada 30 Oktober 2010 (Sabtu). Puan Khairati mempunyai kemahiran dan perniagaan dalam bidang pembuatan Kek dan beliau sedang cuba mempelbagaikan lagi kemahiran beliau dalam bidang lain. Tahniah atas kesungguhan Puan Khairati:-
Teliti dan Fokus

 Ini antara gambar hasil kerja tangan Puan Khairati yang telah siap dibekukan dan separa siap:-

Terima kasih buat Cik Norhayati dari Kg. Pandan, KL yang telah menghadirkan diri ke kelas yang terakhir anjuran Am@r ChoCoLatios pada bulan Oktober 2010 iaitu 31 Oktober 2010. Cik Norhayati yang sebelum ini telah mempunyai kemahiran membuat coklat tangan masih datang belajar bagi memperbaiki lagi kemahiran beliau dalam bidang pembuatan coklat tangan ini. Semoga semangat Cik Norhayati ini membolehkan beliau lebih berjaya lagi...

 Antara hasil kerja tangan Cik Norhayati setelah selesai kelas:-

No comments: