Coklat antara makanan ringan yang paling digemari oleh semua lapisan
masyarakat iaitu daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Coklat
bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan. Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri. Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.
Kandungan utama yang terdapat dalam
coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus,
lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan
kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.
Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan
itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat
mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi
kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang
terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan
garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.
No comments:
Post a Comment