Monday, December 27, 2010

TEMPAHAN COKLAT DI BULAN DISEMBER 2010

Assalamualaikum, Alhamdulillah bertemu lagi di bulan Disember 2010 dan ini bermakna tahun 2010 telah sampai penghujungnya. Tempahan demi tempahan Am@r ChoCoLatioS terima pada bulan ini. Am@r ChoCoLatioS akan terus update perkembangan pada bulan ini dan antara gambar tempahan coklat yang telah siap untuk di hantar:-

Tempahan sebanyak 160 biji daripada Seri (Kulim, Kedah) Coklat Oreo Edible (Imej Pilihan Sendiri) khas untuk Goodies Bag perkahwinan adik beliau. Harga RM2.50 sebiji siap ikat reben mengikut tema majlis (Biru Putih).
 


Tempahan DWG08 - 20cav Bookstyle dari Puan Sharifah Narimah, Bangsar-KL untuk salah satu hantaran adik beliau. Bertemakan putih, hijau dan hitam dengan memilih buah kurma sebagai filling di dalam coklat praline. Harga RM45.00 (add warna + filling lain)




Tempahan seterusnya daripada Puan Roshana dari Melaka, tempahan mengikut citarasa sendiri untuk Majlis Doa Selamat. Dalam bekas ada 11biji praline yang berintikan almond/hazelnut. Harga RM6.50/pack siap reben.

Monday, December 20, 2010

AKTIVITI KELAS COKLAT DI BULAN DISEMBER 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung tetap blog Am@r ChoCoLatios, maaf kerana terlambat update perkembangan aktiviti-aktiviti yang telah berlaku di bulan Oktober 2010 di Am@r ChoCoLatios...


Antara Aktiviti Kelas Coklat yang telah berlangsung pada Oktober 2010:-
Terima Kasih buat Puan Mahani dan Puan Maziah dari Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke kelas pada 5 Disember 2010 (Ahad) dan antara peserta kelas dari luar kawasan Lembah Klang. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan puan-puan kepada Am@r ChoCoLatioS. Antara gambar Puan Mahani dan Puan Maziah serta hasil kerja tangan mereka untuk kelas ini:-

Terima Kasih buat Puan Zuhayati dari TTDI, Kuala Lumpr kerana telah meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke kelas pada 19 Disember 2010 (Ahad) dan di bawah antara gambar-gambar Puan Zuhayati serta hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-

 JUMPA TAHUN 2011 SEMUA