Tuesday, April 26, 2011

PROMOSI MUSIM PERKAHWINAN

Amar Chocolatios sedang membuat Promosi Musim Perkahwinan sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2011 tidak lama lagi. Promosi ini hanya untuk coklat Standard Praline (kosong/almond/hazelnut) sahaja. Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2011 hingga 30 Jun 2011. Promosi ini hanya sah untuk tempahan 1000 biji standard praline sahaja (loose pack), dengan tempahan 1000 biji praline ini, anda akan mendapat percuma 100 biji lagi standard praline, jadi jumlah keseluruhan yang dapat dengan tempahan ini 1100biji (loose pack)... Harga standard praline untuk promosi ini RM0.60/biji.

Jangan lepas peluang promosi ini... Hanya sah selama 2 bulan sahaja
Contoh Packing untuk Promosi ini

Contoh Coklat Standard Praline






KELAS ASAS PEMBUATAN COKLAT TANGAN DI TUARAN, SABAH 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Am@r ChoCoLatios - Handmade Chocolate ingin menganjurkan Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan di sekitar Tuaran, Sabah. Tarikh yang dicadangkan pada 2/3 Julai 2011 (Sabtu/Ahad) dan alamat No.1, Blok II, Jalan Jilang Tuaran, Sabah.

Kami ingin mencari beberapa ramai members yang berminat/serius sangat2 untuk nak menghadiri kelas anjuran kami (di Sabah)... Yuran RM300.00 saja [ Termasuk Nota, bahan2 yang digunakan, 5 coklat mold plastik, 1 icing image (24pcs), 1 spatula, 1 mangkuk besi saiz 18-20cm dan Hasil Coklat +/- 1kg] . Setiap sesi/hari kelas hanya terhad kepada 8 orang saja, siapa cepat dia yang mendapat tempat... Segala kelengkapan akan disediakan oleh pihak kami, members cuma bawa diri saja untuk hadir ke kelas anjuran kami. Kalau ada kawan2 kepada members group ni berminat juga, boleh sertai sekali... 

Kami memerlukan 16 orang peserta untuk kelas ini untuk mengisi tempat kosong yang masih ada. 

Sesiapa yang berminat, mesejkan maklumat berikut ke email amarchocolatios@yahoo.com:

1. Nama Penuh:
2. Alamat Rumah:
3. No tel :

4. Email: 

dan  untuk pengesahan kehadiran, anda perlu  mendeposit sebanyak RM150.00 sebagai komitmen anda dalam tempoh 21 hari selepas anda memberi nama kepada pihak kami, kalau tidak lakukan sedemikian automatik nama anda akan dikeluarkan dan memberi peluang kepada peserta lain yang serius/berminat untuk menghadiri kelas ini. Sekiranya terdapat pembatalan kehadiran oleh peserta selepas bayaran deposit dilakukan atau tidak hadir semasa kelas dijalankan, pihak kami tidak akan memulangkan semula deposit anda kerana segala bahan2 telah disediakan setelah anda membuat pengesahan kehadiran/ selepas tarikh tutup permohonan. Pemulangan deposit akan dilakukan sekiranya pihak kami yang membatalkan kelas ini. Pembayaran baki yuran sebanyak RM150.00 akan dijelas semasa kelas. Tarikh tutup permohonan/penyertaan pada 15 Jun 2011 (Rabu) pukul 11.59mlm. Siap Cepat Dia Yang Mendapat Tempat...

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan : 0176889892 (Maz) / 0126889892 (Duan)
Anda juga boleh hubungi wakil kami di Tuaran, Sabah (Pn. Alissa Jay - 0128320276)
 
Harap Maklum dan Terima Kasih.

Antara coklat-coklat yang akan diajar semasa kelas:-
Lolichoc (Stick Chocolate)

Ganache Filling yang berperisa
Coklat Praline Conventure (Menggunakan Teknik Temperring)
Coklat Praline Compound (Teknik Mewarna)
Coklat Oreo Design dan Oreo Edible (Icing Image)

HASIL KERJA DI ATAS AKAN MENJADI MILIK ANDA

Tuesday, April 12, 2011

TEMPAHAN PRODUK DAN AKTIVITI KELAS COKLAT APRIL 2011

TEMPAHAN PRODUK COKLAT AMAR CHOCOLATIOS
Alhamdulillah, selamat sudah menyelesaikan produk-produk yang ditempah untuk bulan April 2011 dan antara gambar-gambar produk yang sempat diambil untuk tatapan umum bagi memudahkan tempahan yang akan datang... selamat menjamu mata ye dan membuat tempahan...
Tempahan daripada Cik Hafizah (Putrajaya), Code LC01 - Assorted Lolichoc sebanyak 30 batang sebagai hadiah hari lahir anak kawan beliau.

Pada bulan April Am@r ChoCoLatioS telah adakan satu lagi produk baru untuk dikeluarkan iaitu Lolichoc Edible Heart Design (2.5inci) dan Lolichoc Edible Rectangular Design (2.5inci x 2inci) dengan harga RM2.00 sebatang (Gambar seperti di bawah) untuk tempahan kurang 200 batang. 

KELAS COKLAT AMAR CHOCOLATIOS
Alhamdulillah April 2011 telah menjelang, Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan masih berjalan lancar seperti yang dijadualkan.


Antara Aktiviti Kelas Coklat yang telah berlangsung pada April 2011:-

Terima Kasih buat Puan Zanariah dari Puchong Permata 2 dan merupakan  ibu kepada 4 orang anak yang berminat menceburi bidang pembuatan coklat tangan demi menghasilkan sendiri coklat untuk anak-anak beliau. Beliau telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 3 April 2011 (Ahad) . Antara gambar Puan Zanariah serta hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-

Terima Kasih buat Puan Fiza dari Puchong - Taman Mas dan merupakan  ibu kepada 3 orang anak yang berminat menceburi bidang pembuatan coklat tangan bagi mencari pendapatan lain setelah beliau berhenti kerja kerana sedang mengandung anak keempat sekarang.  Beliau telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 9 April 2011 (Sabtu). Antara gambar Puan Fiza serta hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-

Saturday, April 02, 2011

INFO COKLAT UNTUK KESIHATAN

MAKAN COKLAT SECARA SEDERHANA DAN BERPADA 
Untuk pengetahuan umum, coklat terhasil daripada tumbuh-tumbuhan bermakna ia mengandungi banyak manfaat daripada sayur-sayuran yang berwarna gelap. Antara kebaikan coklat yang diperoleh daripada tumbuhan adalah:
  • Flavonoids yang bertindak sebagai antioksidan dan melindungi tubuh daripada penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Coklat mengandungi Antioksidan yang tinggi (lebih 8x ganda yang ditemui dalam strawberi). 
  • Flavonoids juga membantu merehatkan tekanan darah menerusi penghasilan nitric oxide dan mengimbangkan hormon tertentu di dalam  badan.
LAIN-LAIN KEBAIKAN COKLAT
~ Keenakan rasanya.
~ Meransang penghasilan endorphin yang memberi rasa seronok.
~ Mengandungi serotonin yang bertindak sebagai anti kemurungan.
~ Mengandungi theobromine, kafien dan bahan-bahan lain yang bertindak sebagai peransang.