Tuesday, April 12, 2011

TEMPAHAN PRODUK DAN AKTIVITI KELAS COKLAT APRIL 2011

TEMPAHAN PRODUK COKLAT AMAR CHOCOLATIOS
Alhamdulillah, selamat sudah menyelesaikan produk-produk yang ditempah untuk bulan April 2011 dan antara gambar-gambar produk yang sempat diambil untuk tatapan umum bagi memudahkan tempahan yang akan datang... selamat menjamu mata ye dan membuat tempahan...
Tempahan daripada Cik Hafizah (Putrajaya), Code LC01 - Assorted Lolichoc sebanyak 30 batang sebagai hadiah hari lahir anak kawan beliau.

Pada bulan April Am@r ChoCoLatioS telah adakan satu lagi produk baru untuk dikeluarkan iaitu Lolichoc Edible Heart Design (2.5inci) dan Lolichoc Edible Rectangular Design (2.5inci x 2inci) dengan harga RM2.00 sebatang (Gambar seperti di bawah) untuk tempahan kurang 200 batang. 

KELAS COKLAT AMAR CHOCOLATIOS
Alhamdulillah April 2011 telah menjelang, Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan masih berjalan lancar seperti yang dijadualkan.


Antara Aktiviti Kelas Coklat yang telah berlangsung pada April 2011:-

Terima Kasih buat Puan Zanariah dari Puchong Permata 2 dan merupakan  ibu kepada 4 orang anak yang berminat menceburi bidang pembuatan coklat tangan demi menghasilkan sendiri coklat untuk anak-anak beliau. Beliau telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 3 April 2011 (Ahad) . Antara gambar Puan Zanariah serta hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-

Terima Kasih buat Puan Fiza dari Puchong - Taman Mas dan merupakan  ibu kepada 3 orang anak yang berminat menceburi bidang pembuatan coklat tangan bagi mencari pendapatan lain setelah beliau berhenti kerja kerana sedang mengandung anak keempat sekarang.  Beliau telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 9 April 2011 (Sabtu). Antara gambar Puan Fiza serta hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-

No comments: