Saturday, April 02, 2011

INFO COKLAT UNTUK KESIHATAN

MAKAN COKLAT SECARA SEDERHANA DAN BERPADA 
Untuk pengetahuan umum, coklat terhasil daripada tumbuh-tumbuhan bermakna ia mengandungi banyak manfaat daripada sayur-sayuran yang berwarna gelap. Antara kebaikan coklat yang diperoleh daripada tumbuhan adalah:
  • Flavonoids yang bertindak sebagai antioksidan dan melindungi tubuh daripada penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Coklat mengandungi Antioksidan yang tinggi (lebih 8x ganda yang ditemui dalam strawberi). 
  • Flavonoids juga membantu merehatkan tekanan darah menerusi penghasilan nitric oxide dan mengimbangkan hormon tertentu di dalam  badan.
LAIN-LAIN KEBAIKAN COKLAT
~ Keenakan rasanya.
~ Meransang penghasilan endorphin yang memberi rasa seronok.
~ Mengandungi serotonin yang bertindak sebagai anti kemurungan.
~ Mengandungi theobromine, kafien dan bahan-bahan lain yang bertindak sebagai peransang.

No comments: