PRODUK

Am@r ChoCoLatios menghasilkan coklat dengan menggunakan coklat Halal, Berkualiti dan berpatutan yang mana rasanya sedap kerana kandungan koko yang tinggi serta  rasanya setanding dengan coklat-coklat mahal yang lain. Perasa dan Warna juga diambil kira kualitinya serta yang penting Halal. Coklat-coklat ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah 'European Style'. Harga coklat bergantung pada Jenis Coklat (Coklat Conventure atau Coklat Compound), kuantiti, inti dan box/packaging yang akan digunakan. 
Selamat menjamu mata, kalau ingin menjamu selera kena la buat tempahan...


Produk-produk yang di keluarkan oleh Am@r ChoCoLatios:-


 
 
Coklat Praline Beraneka Bentuk dan Warna, sesuai untuk hadiah untuk seseorang yang istimewa atau Doorgift, sebagai kuih moden di musim perayaan (Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Christmas atau apa2 saja perayaan. Packing untuk hadiah atau doorgift tertakluk atas permintaan, tempahan atau tema.
Coklat Praline Berwarna Design Rose... Boleh terdapat pelbagai bentuk, rasa dan warna... Ini kombinasi coklat putih dengan warna. Stok dibuat mengikut tempahan atau permintaan atau tema. Sesuai untuk hantaran, hadiah atau doorgift. Packing untuk hantaran, hadiah atau doorgift tertakluk atas permintaan, tempahan atau tema.
Ini namanya Lolichoc, terdapat dlm pelbagai bentuk, warna dan juga saiz. Sesuai untuk Birthday Party, Majlis Perkahwinan atau apa2 majlis yang dihadiri oleh ramai kanak-kanak. Stok, bentuk atau warna tertakluk pada permintaan atau tema yang di tempah.


Yang ada corak kebungaan tu adalah Coklat Oreo Bercorak dan sebelahnya Coklat Oreo Edible. Jangan risau untuk produk Oreo Edible, grafik di atas coklat tu boleh di makan kerana 100% daripada gula icing. Sesuai untuk Birthday Party, Goodies Bag, Hantaran atau Doorgift. Sama seperti Lolichoc, Stok, bentuk atau warna tertakluk pada permintaan atau tema yang di tempah.

 
 
 
 
 
Contoh-contoh Box atau PS Container yang digunakan  untuk doorgift dan packaging. Terdapat lagi pelbagai jenis box atau PS Container yang digunakan. Penggunaan Box atau PS Container tertakluk kepada tempahan, permintaan, tema. Reben akan mengikut tema yang diperlukan. Harga tertakluk atas barang yang digunakan untuk setup box atau PS Container tersebut.

Bentuk-bentuk yang boleh menjadi pilihan anda:-

  Heart / Love / Hati (Berat 10-12g)
Present Box / Kotak Hadiah      (Berat 10-12g)
  Daun (Berat 10-12g)
Strawberry (Berat 10-12g) 
Apple/ Epal (Berat 10-12g)
Kipas Tangan (Berat 9-11g)
Biji Kopi/ Coffee Bean (8-10gram)
Terdapat pelbagai inti/perisa dalam coklat yang boleh anda pilih :-

1. Almond Nut
2. Hazel Nut
3. Strawberry
4. Cappucino
5.Durian
6. Kelapa (Coconut)
7. Fruiti (Blueberry)
8. Tembikai (Melon)
9. Apple Hijau (Green Apple)
10. Raisin
11. Vanila 

*untuk perisa no.3 hingga no.11, tambahan RM0.30 akan dikenakan untuk setiap biji yang digunakan.