Monday, December 19, 2011

SEWAKTU DI KELAS COKLAT DISEMBER 2011

Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengunjung blog Am@r ChoCoLatioS yang setia menanti. Kelas Disember 2011 adalah kelas terakhir untuk tahun 2011, Am@r ChoCoLatioS telah menganjurkan aktiviti biasa iaitu Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggemar/penghasil coklat buatan tangan.

Antara peserta-peserta yang telah menyertai kelas anjuran Am@r ChoCoLatioS pada bulan ini adalah:-

Terima kasih kepada Puan Noraidah dari Klang yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 3 Disember 2011 (Sabtu). Antara gambar aktiviti dan hasil kerja kreatif beliau semasa kelas ini:- 

Terima kasih kepada Puan Ema Zuhairin dari Cheras dan Puan Nora dari Putra Perdana yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 18 Disember 2011 (Ahad). Antara gambar aktiviti dan hasil kerja kreatif beliau semasa kelas ini:-

Thursday, December 08, 2011

KELAS ASAS COKLAT PENGHUJUNG TAHUN 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung blog Am@r ChoColatios (AMAR BERKAT ENTERPRISE). Am@r ChoCoLatioS telah menetapkan tarikh-tarikh yang sesuai untuk mengadakan Kelas Asas Coklat Buatan Tangan yang akan dianjurkan oleh Am@r ChoCoLatioS untuk bulan Disember 2011. Tarikh-tarikh berikut adalah:-

BULAN DISEMBER 2011
- 3,4 Disember 2011 - Sabtu/Ahad 
~Noraidah Bt Suparman - 3/12 (Sabtu) - Selesai
- 17,18 Disember 2011 - Sabtu/Ahad
~ Ema Zuhairin bt. Manap - 18/12 (Ahad) - Deposit
~ Nora 

Alhamdulillah, selesai sudah kelas bagi tahun 2011, Insyaallah kita berjumpa lagi pada Julai 2012 untuk kelas asas coklat yang  akan datang. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat/penggemar coklat kepada Am@r ChoCoLatioS.

Wednesday, November 16, 2011

JAMBANGAN BUNGA COKLAT UNTUK TERSAYANG

Allahamdulillah dapat menyelesaikan jambangan bunga coklat, tempahan sempena hari lahir. Beberapa gambar untuk tatapan peminat blog Am@r ChoCoLatioS, kalau berkenan boleh la tempah ye. 





Harga jambangan ini mengikut bilangan bunga yang digunakan atau bajet pelanggan, harga minimum untuk tempahan mengikut bajet pelanggan mestilah RM50.00.

COKLAT HADIAH PERKAHWINAN

Tempahan untuk hadiah perkahwinan bertemakan kuning keemasan, terdapat 48pcs (praline+truffel). Antara gambar-gambar yang sempat diambil:-


 

COKLAT HANTARAN ALA BOOKSTYLE BOX

Alhamdulillah, Am@r ChoCoLatioS telah menerima tempahan untuk hantaran perkahwinan dari Cik Azlinda, Pulau Pinang. Beliau telah menempah 2 kotak jenis Bookstyle bertemakan warna merah jambu dipihak perempuan dan warna ungu dipihak lelaki. Tempahan telah selamat diselesaikan dan penghantaran telah dibuat pada 4 November 2011 yang lepas. Antara gambar-gambar yang sempat diambil :-

Friday, October 21, 2011

AKTIVITI KELAS COKLAT OKTOBER 2011

Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengunjung blog Am@r ChoCoLatioS yang setia menanti. Am@r ChoCoLatioS telah menganjurkan aktiviti biasa iaitu Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggemar coklat.

Antara peserta-peserta yang telah menyertai kelas anjuran Am@r ChoCoLatioS pada bulan ini adalah:-

Terima kasih kepada Puan Wan Aida dari Puchong Permata yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 15 Oktober 2011. Antara gambar aktiviti dan hasil kerja kreatif beliau semasa kelas ini:- 

Friday, October 14, 2011

COKLAT KONVOKESYEN 2011

Coklat Konvokesyen yang tempahan buat Cik Amirah, Pulau Pinang sempena hari Konvokesyen di USM, Pulau Pinang baru-baru ini. Tahniah...



Thursday, September 29, 2011

COKLAT PRALINE RAYA AIDILFITRI 2011

 Alhamdulillah dengan tempahan coklat raya dan dapat diselesaikan pada tarikh yang ditetapkan. Tempahan melibatkan Praline Almond, Solid Praline dan Bubble Rice Praline. Terima kasih kepada pelanggan yang telah memilih produk Am@r ChoCoLatioS sempena musim perayaan ini. Antara gambar-gambar produk yang telah siap.

Monday, September 19, 2011

COKLAT ALMOND RAYA 2011

Alhamdulillah dapat selesaikan tempahan Coklat Almond (Code-CAO2) yang telah ditempah oleh Cik Athiqah dari Kg. Sri Aman, Puchong sempena hari raya tahun ini. 

Sebekas 50biji / RM28.00

Thursday, September 08, 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog Am@r ChoCoLatioS dan semua penggemar coklat buatan tangan...

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH... SEMOGA DAPAT MENUNAIKAN AMAL IBADAH INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA...

COKLAT BAR (New Produk)

Alhamdulillah, lagi satu produk Am@r ChoCoLatios. Coklat Bar Crunchy packing aluminium warna je. RM1.00/biji.


AKTIVITI KELAS JULAI 2011

Alhamdulillah, bulan Julai telah kembali. Am@r ChoCoLatioS telah menganjurkan beberapa kelas coklat dalam bulan ini. Antara peserta-peserta yang telah menyertai seperti di gambar bawah:-

Terima kasih kepada Puan Jaya dari Taman Melawati, KL yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 24 Julai 2011. Antara gambar aktiviti dan hasil kerja beliau:- 


 Terima kasih kepada Puan Rohaya dari Subang Jaya yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 30 Julai 2011. Antara gambar aktiviti dan hasil kerja beliau:-