Wednesday, February 15, 2012

BUNGA COKLAT TEMA MERAH HITAM

Alhamdulillah dapat selesaikan tempahan berbentuk jambangan bunga ini. Pada mulanya agak sukar juga untuk menyediakannya sebab tema warnanya agak terhad merah dan hitam tetapi dapat juga disempurnakan dengan jayanya.

Tempahan ini daripada Encik Syafiq istimewa untuk dihadiahkan kepada insan tersayang sempena hari lahirnya. Jambangan bunga ini mempunyai 25 kuntum coklat berbentuk bunga ros dan diselitkan juga bunga tiruan berwarna putih untuk menampakkan lagi seri jambangan ini. Terima kasih kerana memilih produk Am@r ChoCoLatioS sebagai pilihan Encik Syafiq.

Ini adalah antara gambar-gambar sewaktu sesi menyempurnakan tempahan ini, selamat menjamu mata ye...

 Coklat yang baru lepas sesi pembekuan sebelum dibungkus

 Gambaran dari dekat
 Jambangan bunga coklat yang telah siap digubah

Harga untuk jenis Jambangan Bunga Coklat tertakluk kepada jumlah kuantiti coklat dan hiasan yang digunakan.