Tuesday, November 30, 2010

TEMPAHAN COKLAT BULAN NOVEMBER 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Am@r ChoCoLatioS Handmade Chocolate yang setia mengikuti blog ini. Cepat sungguh masa berlalu, hari berganti hari barulah sempat Am@r ChoCoLatioS dapat mengemaskini blog ni. Alhamdulillah pada bulan November 2010 ni Am@r ChoCoLatioS telah menerima beberapa tempahan coklat. Ini adalah antara gambar-gambar coklat yang telah siap sebelum penghantaran.
 

 JUMPA LAGI DI SLOT BULAN DISEMBER 2010

Monday, November 29, 2010

KELAS COKLAT BUATAN TANGAN BULAN NOVEMBER 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung tetap blog Am@r ChoCoLatios, bulan ni bagi ada dua perayaan iaitu Deepavali dan Hari Raya Haji. Macam biasa Am@r ChoCoLatioS tak kurang sibuk dengan Kelas Asas Coklat. Update pada bulan November 2010 dan antara gambar aktiviti-aktiviti Kelas Asas Coklat yang sempat di ambil:-

Antara Aktiviti Kelas Coklat yang telah berlangsung pada November 2010:-
Terima kasih buat Pn. Aniza (Bdr. Baru Bangi), Cik Oya, Pn. Sharifah dan En. Salleh (Hulu Langat) yang telah hadir ke kelas coklat pada 6 November 2010 (Sabtu). Antara gambar yang sempat diambil untuk kelas ini:- 
Hasil kerja yang telah dihasilkan setelah tamat kelas ini pada 6 November 2010:-
 








Monday, November 01, 2010

TEMPAHAN COKLAT BULAN OKTOBER 2010

Assalamualaikum, alhamdulillah pada bulan oktober ni ada tempahan lagi. Antara tempahan yang diterima:-

Tempahan daripada Puan Effieza, Putrajaya khas buat anak-anaknya. Solid Praline 425gram/1 bekas dan Standard Praline (inti Kismis) 425gram/1bekas. 


Ini tempahan daripada Rabiatul Anis, Kampar (Perak) khas buat teman istimewanya sempena hari istimewa. Coklat Oreo Edible dengan imej mengikut citarasa sendiri dan harganya juga berbeza dengan Coklat Oreo Edible yang biasa (RM1.70) sebab Am@r ChoCoLatioS perlu membuat tempahan imej dari supplier lain. Harga RM2.50 sebiji dan harga boleh runding lagi kalau tempahan yang banyak.




Sunday, October 31, 2010

AKTIVITI KELAS ASAS COKLAT DI BULAN OKTOBER 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung tetap blog Am@r ChoCoLatios, maaf kerana terlambat update perkembangan aktiviti-aktiviti yang telah berlaku di bulan Oktober 2010 di Am@r ChoCoLatios...

Antara Aktiviti Kelas Coklat yang telah berlangsung pada Oktober 2010:-

Terima Kasih buat Puan Ruhaya dari Bandar Sunway kerana meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada 9 Oktober 2010 (sabtu) walau pun sibuk dengan aktiviti harian. dan persiapan untuk menunaikan haji pada tahun ini. Antara gambar Puan Ruhaya dan hasil kerja tangan beliau untuk kelas ini:-
 


Terima kasih kepada perserta bernama Puan Syakila (Shah Alam) dan Puan Zurianah (Putra Perdana) yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) yang lepas. Antara scene2 yang sempat  Am@r ChoCoLatios ambil sewaktu kelas berlangsung.

 Ini adalah gambar hasil kerja tangan peserta tersebut, cantik dan kreatif. Tengok pun sayang nak makan... tapi kena makan juga.


Terima kasih buat Puan Khairati dari Alor Setar, Kedah yang telah menghadirkan diri ke kelas anjuran Am@r ChoCoLatioS pada 30 Oktober 2010 (Sabtu). Puan Khairati mempunyai kemahiran dan perniagaan dalam bidang pembuatan Kek dan beliau sedang cuba mempelbagaikan lagi kemahiran beliau dalam bidang lain. Tahniah atas kesungguhan Puan Khairati:-
Teliti dan Fokus

 Ini antara gambar hasil kerja tangan Puan Khairati yang telah siap dibekukan dan separa siap:-

Terima kasih buat Cik Norhayati dari Kg. Pandan, KL yang telah menghadirkan diri ke kelas yang terakhir anjuran Am@r ChoCoLatios pada bulan Oktober 2010 iaitu 31 Oktober 2010. Cik Norhayati yang sebelum ini telah mempunyai kemahiran membuat coklat tangan masih datang belajar bagi memperbaiki lagi kemahiran beliau dalam bidang pembuatan coklat tangan ini. Semoga semangat Cik Norhayati ini membolehkan beliau lebih berjaya lagi...

 Antara hasil kerja tangan Cik Norhayati setelah selesai kelas:-