Tuesday, June 05, 2012

KELAS ASAS COKLAT 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung blog Am@r ChoColatios (AMAR BERKAT ENTERPRISE). Am@r ChoCoLatioS telah menetapkan tarikh-tarikh yang sesuai untuk mengadakan Kelas Asas Coklat Buatan Tangan yang akan dianjurkan oleh Am@r ChoCoLatioS untuk bulan Jun - Julai 2012. Tarikh-tarikh berikut adalah:-

BULAN JUN 2012
- 16 Jun 2012 (Sabtu)
- 23 Jun 2012 (Sabtu)
- 30 Jun 2012 (Sabtu)

BULAN JULAI 2012
- 1 Julai 2012 (Ahad)
- 7 Julai 2012 (Sabtu)
- 15 Julai 2012 (Ahad)

UNTUK TEMPAHAN KELAS, SILA EMAIL/SMS MAKLUMAT:
Nama:
Alamat:
No. Tel: (Prefer HP)
Email:

*Setelah pembayaran DEPOSIT RM50.00 dibuat, sila maklumkan kepada saya melalui call/sms/email
Nama Bank:
Ref. No./Tarikh/Masa Transaksi:
Tarikh kelas yg. ingin diikuti :
** Deposit RM50.00 adalah Pengesahan Kehadiran peserta menyertai kelas ini.
KELAS AKAN BERMULA 10.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG ATAU SAMPAI SIAP

KELAS TERHAD KEPADA 4 ORANG SHJ.(SIAPA CEPAT DIA DAPAT TEMPAT)

KAEDAH ONE TO ONE (HANDS ON)

YURAN RM200.00 (Asal RM250.00) - Termasuk nota, bahan-bahan yang akan digunakan.
TEMPAT : PUCHONG, SELANGOR

PESERTA TIDAK PERLU MEMBAWA APA-APA UNTUK MENGHADIRI KELAS INI, CUMA DIRI SENDIRI. SEMUA PERKAKAS AKAN DI SEDIAKAN.
(Peserta akan membawa pulang balik +/- 1kg coklat yang beraneka)
 
Topik meliputi:
a) Teori:-
1) Kategori, jenis dan perbezaan coklat, Penjelasan tentang barangan yang digunakan untuk membuat coklat.
2) Penjelasan Mengenai dan Cara/Teknik "Tempering"

3) Cara Penjagaan Mold/Acuan Coklat
4) Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas membuat coklat yang halal, murah dan berkualiti

b)Praktikal:- 
1) Cara-cara membuat Ganache Filling  
2) Teknik 'Tempering' Coklat Couverture yang mudah dan sesuai digunakan untuk membuat coklat di rumah (Coklat Praline Almond/Hazelnut)
3) 'European Style' menggunakan coklat compound dan teknik mewarna (Coklat Praline berinti)

4) Coklat Oreo Bercorak
5) Coklat Oreo Edible
6) Coklat Lolichoc 

7) Cara pembungkusan Produk

Berminat/Pertanyaan :~
- EMAIL - amarchocolatios@yahoo.com
- SMS/Call - 017-6889892 (Maz) / 012-6889892(Duan)

Friday, March 02, 2012

JAMBANGAN BUNGA BIIRU

Allahamdulillah dapat menyelesaikan jambangan bunga coklat bertemakan warna biru, 32 kuntum, tempahan sempena hari lahir suami tersayang. Beberapa gambar untuk tatapan peminat blog Am@r ChoCoLatioS, kalau berkenan boleh la tempah ye. 








Wednesday, February 15, 2012

BUNGA COKLAT TEMA MERAH HITAM

Alhamdulillah dapat selesaikan tempahan berbentuk jambangan bunga ini. Pada mulanya agak sukar juga untuk menyediakannya sebab tema warnanya agak terhad merah dan hitam tetapi dapat juga disempurnakan dengan jayanya.

Tempahan ini daripada Encik Syafiq istimewa untuk dihadiahkan kepada insan tersayang sempena hari lahirnya. Jambangan bunga ini mempunyai 25 kuntum coklat berbentuk bunga ros dan diselitkan juga bunga tiruan berwarna putih untuk menampakkan lagi seri jambangan ini. Terima kasih kerana memilih produk Am@r ChoCoLatioS sebagai pilihan Encik Syafiq.

Ini adalah antara gambar-gambar sewaktu sesi menyempurnakan tempahan ini, selamat menjamu mata ye...

 Coklat yang baru lepas sesi pembekuan sebelum dibungkus

 Gambaran dari dekat
 Jambangan bunga coklat yang telah siap digubah

Harga untuk jenis Jambangan Bunga Coklat tertakluk kepada jumlah kuantiti coklat dan hiasan yang digunakan.

Monday, December 19, 2011

SEWAKTU DI KELAS COKLAT DISEMBER 2011

Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengunjung blog Am@r ChoCoLatioS yang setia menanti. Kelas Disember 2011 adalah kelas terakhir untuk tahun 2011, Am@r ChoCoLatioS telah menganjurkan aktiviti biasa iaitu Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggemar/penghasil coklat buatan tangan.

Antara peserta-peserta yang telah menyertai kelas anjuran Am@r ChoCoLatioS pada bulan ini adalah:-

Terima kasih kepada Puan Noraidah dari Klang yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 3 Disember 2011 (Sabtu). Antara gambar aktiviti dan hasil kerja kreatif beliau semasa kelas ini:- 

Terima kasih kepada Puan Ema Zuhairin dari Cheras dan Puan Nora dari Putra Perdana yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 18 Disember 2011 (Ahad). Antara gambar aktiviti dan hasil kerja kreatif beliau semasa kelas ini:-

Thursday, December 08, 2011

KELAS ASAS COKLAT PENGHUJUNG TAHUN 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung blog Am@r ChoColatios (AMAR BERKAT ENTERPRISE). Am@r ChoCoLatioS telah menetapkan tarikh-tarikh yang sesuai untuk mengadakan Kelas Asas Coklat Buatan Tangan yang akan dianjurkan oleh Am@r ChoCoLatioS untuk bulan Disember 2011. Tarikh-tarikh berikut adalah:-

BULAN DISEMBER 2011
- 3,4 Disember 2011 - Sabtu/Ahad 
~Noraidah Bt Suparman - 3/12 (Sabtu) - Selesai
- 17,18 Disember 2011 - Sabtu/Ahad
~ Ema Zuhairin bt. Manap - 18/12 (Ahad) - Deposit
~ Nora 

Alhamdulillah, selesai sudah kelas bagi tahun 2011, Insyaallah kita berjumpa lagi pada Julai 2012 untuk kelas asas coklat yang  akan datang. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat/penggemar coklat kepada Am@r ChoCoLatioS.

Wednesday, November 16, 2011

JAMBANGAN BUNGA COKLAT UNTUK TERSAYANG

Allahamdulillah dapat menyelesaikan jambangan bunga coklat, tempahan sempena hari lahir. Beberapa gambar untuk tatapan peminat blog Am@r ChoCoLatioS, kalau berkenan boleh la tempah ye. 





Harga jambangan ini mengikut bilangan bunga yang digunakan atau bajet pelanggan, harga minimum untuk tempahan mengikut bajet pelanggan mestilah RM50.00.

COKLAT HADIAH PERKAHWINAN

Tempahan untuk hadiah perkahwinan bertemakan kuning keemasan, terdapat 48pcs (praline+truffel). Antara gambar-gambar yang sempat diambil:-


 

COKLAT HANTARAN ALA BOOKSTYLE BOX

Alhamdulillah, Am@r ChoCoLatioS telah menerima tempahan untuk hantaran perkahwinan dari Cik Azlinda, Pulau Pinang. Beliau telah menempah 2 kotak jenis Bookstyle bertemakan warna merah jambu dipihak perempuan dan warna ungu dipihak lelaki. Tempahan telah selamat diselesaikan dan penghantaran telah dibuat pada 4 November 2011 yang lepas. Antara gambar-gambar yang sempat diambil :-

Friday, October 21, 2011

AKTIVITI KELAS COKLAT OKTOBER 2011

Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengunjung blog Am@r ChoCoLatioS yang setia menanti. Am@r ChoCoLatioS telah menganjurkan aktiviti biasa iaitu Kelas Asas Pembuatan Coklat Tangan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggemar coklat.

Antara peserta-peserta yang telah menyertai kelas anjuran Am@r ChoCoLatioS pada bulan ini adalah:-

Terima kasih kepada Puan Wan Aida dari Puchong Permata yang telah menghadirkan diri ke kelas coklat pada 15 Oktober 2011. Antara gambar aktiviti dan hasil kerja kreatif beliau semasa kelas ini:- 

Friday, October 14, 2011

COKLAT KONVOKESYEN 2011

Coklat Konvokesyen yang tempahan buat Cik Amirah, Pulau Pinang sempena hari Konvokesyen di USM, Pulau Pinang baru-baru ini. Tahniah...